Pendaftaran Anak Yatim Di Karyah Desa Serdang

Assalamualaikum,

Tolong dapatkan borang dan serahkan kepada AJK masjid sebelum 1/5/2012.

Sekian. Terima kasih.

Sepakat membawa berkat


Indahnya kesepakatan itu. Lihatlah gambar ini. Meriah dan mesra. Yang susah menjadi senang. Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.

Sambutan Hari Maulidur Rasul 1431H

Pada 7/3/2010 (Ahad)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Penceramah : DTK

Semua Jemput......

Sedutan Khutbah 1/1/2010 .... KPI Mendidik Anak-Anak

Salam.

6 KPI untuk ibubapa di dalam mendidik anak-anak. Ianya ialah seperti berikut,

Pertama: Memastikan anak-anak menunaikan solat fardhu 5 kali sehari sama ada secara berjemaah atau bersendirian,
Kedua: Memastikan anak-anak mempelajari dan memahami al-Quran setiap hari,
Ketiga: Memastikan anak-anak mendapat makanan halal, berzat dan memenuhi keperluan vitamin setiap hari,
Keempat: Menyemak buku-buku latihan dan kerja setiap mata pelajaran sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu,
Kelima: Menetapkan sasaran setiap mata pelajaran anak sekurang-kurangnya mencapai 80%, dan
Keenam: Mengadakan perjumpaan dengan guru kelas sekurang-kurangnya sekali dalam setiap semester atau penggal bagi mendapat maklumbalas prestasi pembelajaran anak-anak.



Sumber: Jakim.

Sekitar Sukan Tahunan Remaja 2009







Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Syukor. Semuga berjumpa lagi pada tahun 2010 dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.






Wassalam.

Sukan Tahunan Remaja Taman Desa Serdang 2009


Salam,


Acara Sukan Tahunan Remaja kini bermula....


Beberapa acara sukan telah dirancang dan dapatkan maklumat lanjut daripada AJK terlibat. Sila rujuk di papan kenyataan Surau ini.


Selamat Bersukan.

;;