Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430


Marilah sama- sama kita berazam untuk menjadi manusia yang lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya iaitu "Menuju ke arah kecemerlangan dan kegemilingan Islam yang hakiki".


Ikhlas dari AJK Surau At-Taqwa,
Taman Desa Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor

Acara sukaneka menjadi tumpuan remaja
















Terdapat pelbagai acara di dalam sukaneka seperti permainan secara perseorangan dan berkumpulan telah menarik minat remaja kali ini.

Sukan Remaja Sempena Cuti Sekolah

Sukacita dimaklumkan bahawa sukan remaja sempena cuti sekolah telah bermula. Terdapat pelbagai acara yang menarik telah disusun.

Penyertaan adalah dibuka kepada semua kategori umur (4 tahun hingga 15 tahun)

Daftar segera!!!!!!!


Kepada Jemaah Surau At-Taqwa, Taman Desa Serdang yang menunaikan Fardu Haji pada tahun ini (1429H) diucapkan selamat berangkat semuga memperoleh Haji Babrur.


Kepada kaum muslimin dan muslimat yang lain diucapkan Selamat Hari Raya Korban.


Wasalam.

Maklumat JAIS


Untuk mendapatkan maklumat mengenai Jabatan Agama Islam Selangor, sila lawati di alamat URL seperti di bawah



Sekian. Harap maklum.


Korban 1429H (2008M)


Kepada jemaah yang berminat, sila dapatkan borang atau maklumkan kepada mana-mana AJK surau untuk tindakan kami selanjutnya. Harga satu bahagian ialah RM360.00 sahaja.


Wakil AJK Surau At-Taqwa.

Solat Jumaat Di Surau At-Taqwa




Alhamdulillah.

Surau At-Taqwa telah mencipta sejarah tersendiri di mana ianya telah berjaya mengadakan solat Jumaat bermula pada 31/10/2008 yang lalu.

"Semuga Dirahmati Allah"


Aktiviti Korban 2008 (1429H)

Kepada jemaah Surau At-Taqwa Desa Serdang, sesiapa yang berminat sila hubungi AJK surau dengan kadar yang segera.

Sekian.

Solat Jumaat di Surau At-Taqwa

Sukacita dimaklumkan bahawa Surau At-Taqwa ini telah mendapat kebenaran daripada JAIS untuk mengadakan solat jumaat. Sehubungan dengan itu AJK surau telah bersetuju untuk mengadakan solat ini mulai 31 Oktober 2008.

Semua jemaah yang berdekatan dengan surau ini dijemput datang untuk menunaikan fardu jumaat di sini beramai-ramai.

Sekian Terima kasih.

Wassalam.

Puasa 6 Hari Daripada Bulan Syawal

Selamat berpuasa kepada mereka yang menunaikannya. Puasa 6 hari di Bulan Syawal ini adalah sama dengan puasa setahun. Rebutlah peluang keemasan ini. !!!

Selamat Menyambut Eid Mubarak





Selamat Menyambut Eid Mubarak kepada semua semua muslimin dan muslimat khususnya untuk Warga Islam Taman Desa Serdang dan semua masyarakat Islam keseluruhannya.

Maaf Zahir Batin.

Ikhlas dari AJK Surau At-Taqwa, Taman Desa Serdang.


Nuzul Al-Quran dan Lailatul Qadar




Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)



Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)



Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).





Sumber : http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2084

Selamat Menjalani Ibadah Di Bulan Ramadan 1429H













Selamat menjalani ibadah Ramadan kepada semua warga Taman Desa Serdang, Seri Kembangan Selangor pada tahun 1429H ini.
"Tingkatkan Ibadah Kita' - Amin.

Aktiviti Sepanjang Bulan Ramadan 1429

MAJLIS BERBUKA PUASA

Sempena bulan Ramadhan 1429H pihak Surau At-Taqwa Tmn Desa Serdang akan mengadakan majlis berbuka puasa pada 13/09/2008 (Sabtu). Majlis ini akan bermula
jam 700 ptg dengan majlis tahlil arwah di ikuti majlis berbuka puasa semua muslimin dan muslimat di jemput hadir untuk majlis itu

SOLAT TARAWIKH

Solat sunat tarawikh akan di adakan sepanjang bulan ramadhan selepas solat isyak marilah kita beramai-ramai bersama-sama mengerja solat tersebut yang hanya datang setahun sekali mungkin tahun ini adalah merupakan tahun akhir bagi kita kerana belum tentu kita akan bertemu dengan ramadhan di tahun akan datang Oleh itu rebut peluang ada di hadapan kita.

TADARUS AL-QURAN

Majlis tadarus al-quran akan di adakan pada setiap malam sepanjang bulan ramadhan selepas solat tarawikh. Tadarus al-quran di bahagi kepada empat kumpulan
1.Dewasa lelaki, 2.Anak-anak lelaki, 3.Dewasa wanita, 4.Anak-anak perempuan
Semua jemaah di minta bersama-sama bertadarus al-quran

JAMUAN MOREH

Jamuan moreh akan di adakan setiap malam selepas majlis tahlil arwah. Bersama-sama ini di sertakan jadual moreh untuk makluman semua penduduk.Tuan/Puan boleh memberikan sumbangan samaada dalam bentuk wang ringgit atau kueh muih kepada ketua jalan yang telah dilantik untuk memudahkan pengurusan tersebut.

MAJLIS TAHLIL ARWAH

Kepada mana jemaah yang berminat mengadakan tahlil arwah di persilakan mengisi borang yang di sertakan dan kembalikan kepada ajk surau secepat mungkin sebaik-baiknya sebelum bulan puasa untuk memudahkan ajk surau menyusun semua nama arwah yang telah dihantar.

Majlis Nisfu Syaaban

Majlis ini akan diadakan pada 16/8/2008 (Sabtu) selepas Solat Maghrib.

Agenda:

  1. Solat Maghrib
  2. Bacaan Yasin
  3. Solat Isyak
  4. Jamuan (Di rumah En. Razif Jln 18)

Semua dijemput!!!!!!!!

Aktiviti Surau Sepanjang Tahun 2008


AKTIVITI TAMBAHAN OGOS 2008


Majlis Israk Mikraj

Majlis ini akan diadakan pada 9/8/2008 (Sabtu) selepas solat Insyak. Semua dijemput.

Aktiviti Harian dan Mingguan Surau

1. Kuliah agama diadakan pada setiap malam termasuk kuliah subuh pada setiap pagi Ahad.

2. Pengajian Al-Quran kanak-kanak oleh AJK Helwa.

Sila rujuk pada Imam dan AJK Surau untuk mendapatkan maklumat terkini.
Marilah kita sama-sama mengimarahkan surau kita. Semuga diberkati Allah S.W.T.

Amin.

Gambar Surau


Ini adalah gambar Surau At-Taqwa yang diambil daripada pandangan bahagian hadapan.

Foto Aktiviti Surau

Senarai Jemaah Terkini setakat 27/7/2008

Pengenalan


Selamat Datang ke Surau Desa Serdang Web Page.....

Surau At-Taqwa Taman Desa Serdang merupakan sebuah surau yang terletak di kawasan Multimedia Super Corridor (MSC) yang berhampiran dengan pusat pengajian tinggi Universiti Putra Malaysia (UPM), ILSAS, MARDI, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kolej IKRAM, dan pusat membeli-belah yang terkenal iaitu The Mines Shopping Centre, Minloon dan banyak lagi. Pada masa ini, surau ini bukan hanya dapat menampung lebih sejumlah 200 jemaah pada satu masa malah ia juga mampu untuk mempelbagaikan avtiviti penggunaannya demi kemudahan kepada jemaah atau penduduk Islam disekitarnya.
Pihak AJK Surau dengan kerjasama rakan-rakan surau yang berdekatan dengannya, sedang merancang dan berusaha untuk membesarkannya serta menaik taraf surau ini kepada Surau Jumaat. Dengan ini akan memudahkan jemaah yang berdekatan untuk menunaikan Fardu Jumaat dengan lebih selesa dan tenteram.
Sehubungan dengan ini, jika anda mempunyai sebarang cadangan atau masalah, sila hubungi kami di alamat e-mail ini seperti di bawah:
Semuga diberkati Allah S.W.T
b/p AJK Surau

;;